Tuesday, 15 January 2019

Dilema Unit Trust : Untung atau Rugi?

"Saya dah 10 tahun invest kat unit trust, tak untung pun, rugi lagi ada..."
"Saya pula dah 5-6 tahun invest, bila jual tgk pulang modal"
"Saya dah 7-8 tahun lepas invest, tapi agen senyap je, ntah untung ke tak.."
"Syarikat unit trust ni nak tipu orang je, tak untung pun.."
"Agen nak komisen je tu, sebab tu dia kata untung je tapi sebenarnya rugi.."
===========================================

UNIT TRUST DILEMA : UNTUNG ATAU RUGI?

Itu yang abam pips dengar sejak seminggu dua ni...ntah mengapa ramai plak yang bagitau abam (dari kawan kepada kawan) dan memberikan persepsi negatif 2 minggu kebelakangan ni. Hmmm...benarkah dah lama invest unit trust tapi tak untung atau breakeven?

Baiklah, kita tengok chart di bawah. Ini sebenarnya bukanlah chart 'performance' unit trust, tetapi adalah chart 'harga' unit trust bagi fund Islamic Asia Pacific Equity Growth. Kita tengok harga terendah setelah berlakunya kejatuhan harga pertama adalah pada tahun 2008, manakala tertinggi adalah pada hujung tahun 2017, iaitu kenaikan rally atau dipanggil sebagai 'Buy Rally' atau "Bullish' selama 9 tahun.

Ini memberikan kita sebanyak 0.5409 sen kenaikan dari 0.4772 sen ke RM1.0181, iaitu 113% kenaikan selama 9 tahun. Jika kita bahagikan ia, maka average kenaikan adalah sebanyak 12.56% setahun.
===========================================

PERSOALANNYA, KENAPA RUGI ATAU BREAKEVEN?

Pelik bukan? Malah jika anda seorang pelabur yang memilih skim KWSP dengan membuat pelaburan setiap 3 bulan, dengan kenaikan 'rally' harga pasaran atau bullish ini akan membuahkan keuntungan yang mungkin lebih dari itu kerana ada ketikanya pasaran melakukan 'correction' iaitu jatuh sedikit pada Jan-May 2010, Apr-Sep 2011 dan seterusnya.

Melalui correction ini, bagi yang konsisten melabur, akan mendapat lebih dari 12.56% setahun, kerana berlakunya strategi DCA di sini.

Malah sepanjang 9 tahun, strategi compounding juga boleh digunakan untuk memaksimakan lagi keuntungan.

"Compunding ni ramai orang tak tau nak buat macamana. Kalau nak tau, masuk seminar Elite Squad UTC."
==============================================

JADI, KENAPA RUGI ATAU BREAKEVEN...JAWAB LAH OOIIII...

Adakah kerana syarikat unit trust seperti yang disebut menipu? Tidak...sama sekali tidak, kerana ini adalah pasaran, ia tetap berjalan setiap hari dan semua syarikat unit trust, tidak mengira besar atau kecil, tetap membuat pelaburan ke portfolio saham yang hampir sama.

Ok2..sebenarnya ada beberapa faktor kenapa rugi :
1. Silap memilih fund. Agen yang tahu tentang fund akan memilih fund yang berpotensi. Contoh yg abam pips berikan di bawah adalah salah satu fund yang berpotensi. Jika korg invest kt fund mempunyai pergerakan harga yang mendatar, atau sideway, maka, memang susah untuk mendapat keuntungan.

2. Pemantauan yang kurang cekap atau tidak dipantau. Ini sebab terbesar kenapa korang rugi. Masalah yang banyak berlaku di Malaysia ini ialah kerana agen yang senyap. Agen juga tak tahu camana nk memantau pelaburan korang. Akibatnya, dia senyap dan biarkan pelaburan korang. Peluang untuk untung ada, tetapi terlepas dan melepas...

Jika dilihat sebab di atas, sebenarnya ia banyak dipengaruhi oleh agen...maaf ye, kerana, silap memilih fund juga adalah kerana agen tak tahu pun fund yang berpotensi. Pemantaun pelaburan yang kurang atau tiada langsung dari agen juga menyebabkan korang rugi bila pasaran mula membuat 'major correction' di mana harga jatuh semula ke harga ketika korang membeli unit trust korang dulu.

Selain tu, kekurangan ilmu juga antara penyebabnya. Lagi sekali, agen kenalah berilmu, tahu bagaimana monitor pasaran, juga dalam membuat compounding. Abam pips tau ramai agen di luar sana yang tak tau apa tu compunding...dorg ingat compounding tu biar je pelaburan korang...tidak...

Lagi satu kena ingat, unit trust ni bukanlah pelaburan untuk korang jadikan income harian, mingguan atau bulanan. Ia jangka masa panjang...maka itu ia sesuai untuk pelaburan untuk perancangan persaraan korang 55 tahun nanti...untuk bersara sebagai jutawan atau sekurang-kurangnya orang kaya bersara...

Ada jugak silap korg - agen seksi dan cun melecun sampai bergetar tulang rusuk kiri je korg invest...yg pompuan plak dark tall handsome atau yg sampai nk pecah ovari je korg invest...alahai...semua tu tak membantu pun...

Well...abam tak nak cerita panjang2 (ni pun dah panjang niiii)...kalau nak tahu rahsia bagaimana nak untung dan nak melabur datanglah seminar abam pips dan group ELITE SQUAD UTC :

SEMINAR PELABURAN 'SUKSES' UNIT TRUST
- Misi Mencari dan Menjadi OKB (Orang Kaya Bersara)
https://www.facebook.com/SeminarPelaburanUnitTrustCWA/
Tarikh : 03/03/2019
Masa : 10.00pg - 12.00tgh
Tempat : Akan Diberitahu

SIAPA HARUS DATANG?
1. Yg nak KAYA bersara dan BERGAYA
2. Yg masih tercari2 ke mana nak simpan duit
3. Yg nak jadi agen yg berilmu, tgh cari team sesuai
4. Yg nak tahu camana nak buat untung
5. Yg nak tahu camana nk monitor

Kalau rasa nak melabur atau nak melabur semula dan nak abam pips monitor dan jaga akaun pelaburan unit trust korang, boleh lah contact abam, wasap atau PM..nak melabur dengan abam boleh je...
contact : 0162082089

No comments:

Post a Comment