Tentang Aku

Assalammualaikum & Salam Sejahtera....

============================================
*Ralat : Bermula pada 04 Julai 2019, Saya telah pun berpindah ke Phillip Mutual. Oleh itu, saya bermula pada tarikh tersebut, saya telah menjadi agen unit trust di bawah Phillip Mutual. 

Agent Code :
Financial Consultant : PMB02741
UTC : PMB02742

Maka itu perkataan CWA dalam blog ini adalah tidak terpakai.

Harap Maklum.
Mohd Salleh Othman (Cikgu Pips)

============================================

Mohd Salleh Othman

Islamic Unit Trust Consultant, CWA
Elliot Wave Practitioner

CWA Agent No. : 00043776
FMM License No. : 031-0-37499

Tu lah serba sedikit tentang aku.

Secara background, aku berkelulusan ijazah dalam bidang hartanah, dari UK. Tetapi pengalaman aku lebih banyak kepada ISO & Operations Auditor di bahagian penyelenggaraan hospital dan klinik. Menarik bukan?

Aku juga pernah bekerja di sektor pembinaan. Pengalaman kerja aku bermula pada tahun 1997 dulu. Aku banyak outstation, seluruh Malaysia, so aku banyak bergaul dengan pelbagai lapisan, bangsa, budaya dan agama. 

Tahun 2006, aku start trading, bertumpu kepada forex dan sesekali saham. Setelah menghadiri kursus Elliot Wave (EW) & Fibonacci, aku bertumpu kepada teori ini, mendalami kehebatan kedua teknikal ini. Aku lebih kepada teknikal analisis dan agak kurang kepada fundamental, kerana dalam Elliot Wave, fundamental itu bersifat sementara dan setiap pengamal Elliot Wave akan berpegang kepada kata-kata pencipta Elliot Wave - Trend is Your Friend.

Aku pernah menjadi Full Time Trading sepanjang tahun 2014-2016 (2 tahun). Tahun 2016 aku berhenti trading forex setelah mendapat laporan penuh dari JAKIM. Sepanjang tempoh itu aku pernah menubuhkan teknik sendiri yang aku panggil Teknik Penjejak Pips (TPP) dan kemudiannya MyFAST (Malaysia First Algo Startegy Trading). Aku banyak membuat kelas trading sepanjang tempoh itu.

Kini, setelah meninggalkan forex, aku beralih kepada Unit Trust dan menyertai CWA. Kenapa? Kerana aku ingin mencari Baraqah dan Shariah Nya. Jiwa aku masih jiwa investment, jiwa pelaburan, jiwa trading. Ilmu EW yang aku pelajari adalah universal. Boleh digunakan pada mana-mana jua instrumen pelaburan - unit trust, saham, komoditi, emas, dsbnya.

Namun ketika memasuki industry unit trust ini, aku dapati kebanyakkanya agen hanya diajar bagaimana melakukan marketing, meningkatkan sales dan juga mengejar komisen. Aku sedih melihat hakikat ini, kerana seharusnya, agen perlu berilmu.

Pelaburan klien itu satu AMANAH, kerana itu adalah harta mereka, untuk masa depan mereka. Maka itu kita sebagai agen perlu menguruskannya dengan baik, mencari peluang untuk memaksimakan pulangan pelaburan mereka. Bagaimana caranya? Ilmu dalam trading...ya benar, ilmu...

Aku ingin mengubah persepsi ini! Maka aku ingin memulakannya, MENCETUSKAN TSUNAMI PELABURAN UNIT TRUST...dengan ilmu yang ada...membuang persepi buruk pelabur terhadap agen unit trust, jadi agen yang tahu tentang selok belok pelaburan, kerana anda perlu tahu Unit Trust itu adalah salah satu PELABURAN!

Aku ingin mengubah scenario ini, mengubah persepsi bahawa agen hanya mengejar komisen, mengubah agen unit trust menjadi seorang agen unit trust berilmu dalam bidangnya!

Jika anda mahukan perubahan ini, aku seru, jika anda ingin melabur dalam unit trust, carilah agen berilmu...

Dan kepada yang ingin menjadi agen, hubungi aku, jadilah agen di bawah aku, in shaa Allah aku akan curahkan ilmu yang ada...

Aku ingin menubuhkan agensi unit trust aku sendiri, dengan ahli yang terlatih dan berilmu...

In Shaa Allah...kita CETUSKAN TSUNAMI PELABURAN UNIT TRUST di Malaysia!

Mohd Salleh Othman a.k.a Pipsrider
Islamic Unit Trust Consultant, CWA
Elliot Wave Trader
016-2082089
cwa.myfast@gmail.com
FB : Wealth Planning - Unit Trust, ABSF, Investment, Hartanah, Loan

No comments:

Post a Comment