Friday, 24 August 2018

iAkaun KWSP – Kemudahan Yang MESTI Anda Ada


Bila aku jadi agen unit trust under CWA ni, ramai pula yang nak invest unit trust guna KWSP/EPF tak tau tentang kemudahan untuk download atau print penyata KWSP mereka. Rata-rata mereka tanya kena pegi kiosk atau kaunter KWSP / EPF ke?

Ok, dulu memang untuk dapatkan statement KWSP / EPF ni perlu ke kaunter atau kiosk. Sekarang semuanya dihujung jari. Ketika iAkaun mula diperkenalkan pun, korang perlu jugak ke kaunter untuk register dan bukak iAkaun, kemudian setelah dapat username dan password, baru boleh daftarkan secara online dan mendapat iAkaun.

Kini, korang tak yah nak susah-susah ke kaunter KWSP / EPF atau pergi cari kiosk mereka. Ni caranya...



Semuanya boleh korang lakukan dari rumah atau kerusi selesa korang, sambil kau baring-baring pun boleh buat. Caranya mudah, telefon KWSP / EPF di talian :

03-89226000

Dan beritahu mereka korang nak buka iAkaun. Nanti KWSP / EPF akan set kan username dan password korang. Mudahkan? Tak yah nak drive, cari parking, bayar parking, etc.

Apa Gunanya iAkaun Ni?


Gunanya simple – bukak website KWSP / EPF :



Log in dan korang boleh je download penyata KWSP / EPF terkini korang bila-bila masa. Boleh juga download apps, senang nak rujuk. Kat jamban kau tengah melepas pun boleh buat via handphone korang (kalau ada line lah). Then nak print pun senang (jangan kau bawak printer ke jamban plak…).
Kan senang tu…untuk apa-apa urusan yang memerlukan statement KWSP / EPF.

Nak invest ke unit trust guna KWSP / EPF now dah jadi mudah, tak yah pening2 nak dapatkan statement. Download je, then wasap atau email kat aku…kan senang…biar aku printkan.

Nak beli rumah, nak loan bank, nak kuarkan akaun 2 untuk top up atau bayar bulanan rumah, etc…kan senang tu…tak yah nak gi KWSP / EPF untuk dapatkan statement.

Yang nak beli rumah/tanah guna KWSP Akaun 2 tu boleh je kontek wife saya untuk konsultasi REN.Sulas Hartanah

Manakala yang nak invest unit trust guna KWSP  Akaun 1 tu, boleh je kontek aku kat https://web.facebook.com/groups/cwaunittrust/ atau wasap 016-2082089.

Dengan adanya penyata tu, senanglah korang nak plan untuk beli rumah (Akaun 2), kemudian plan invest ke unit trust untuk persaraan korang nanti (Akaun 1).

Ingat ye, kat KWSP korang tu :

Akaun 1 – Hanya boleh dikeluarkan untuk tujuan pelaburan ke unit trust. Diulangi…unit trust sahaja. Tak boleh untuk pelaburan lain seperti saham, forex, emas, komoditi dan lain-lain. UNIT TRUST SAHAJA.

Akaun 2 – Hanya boleh dikeluarkan untuk tujuan pembelian rumah dan belajar.

No comments:

Post a Comment