Thursday, 3 January 2019

The Story of Me, CWA & Investment - 2018


============================================
*Ralat : Bermula pada 04 Julai 2019, Saya telahpun berpindah ke Phillip Mutual. Oleh itu, saya bermula pada tarikh tersebut, saya telah menjadi agen unit trust di bawah Phillip Mutual. 

Agent Code :
Financial Consultant : PMB02741
UTC : PMB02742

Maka itu perkataan CWA dalam blog ini adalah tidak terpakai.

Harap Maklum.
Mohd Salleh Othman (Cikgu Pips)

============================================

Secara tepatnya Jun 2018, bermulalah tahun di mana aku sah menjadi salah seorang UTC CWA (Unit Trust Consultant CWA). Perjalanan yang cukup panjang untuk aku bermula dengan perniagaan ini. Ya, aku sebut sebagai perniagaan, kerana ramai org sebut sebagai ‘jual unit trust’ atau disebut juga sebagai agen unit trust.

Kenapa aku sebut sebagi perniagaan? Ya, kerana memang ia salah satu perniagaan, kerana ia menawarkan servis atau perkhidmatan dan sebagai pulangan atas usaha kita itu, maka kita kita diberikan komisen oleh pemilik produk. Tiada ‘jualan’ maka tiadalah pendapatan. Itulah adat dalam perniagaan.

Apatah lagi ini adalah salah satu perniagaan yang rendah modalnya – mampu dilaksanakan oleh sesiapapun, asal ada kemahuan, kerajinan dan sikap untuk majukan diri sendiri.


Sambil itu, ia juga tanggungjawab, bermakna, setiap pelabur yang melabur dalam unit trust yang kita sertai, maka ia adalah amanah dan tanggungjawab kita untuk memastikan pelabur mendapat keuntungan yang diharapkan, maka itu kita harus monitor atau mamantau setiap pelaburan.
Itu lah aku, bukan untuk ‘menjual’ semata-mata tapi adalah amanah kepada aku dan perlu aku melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. In shaa Allah...

Sebenarnya, sudah lama aku ingin menjadi UTC atau agen Unit Trust ini. Sejak tahun 2009, sejak kali pertama aku melabur dalam unit trust. Keinginan untuk menjadi agen semakin tinggi kerana aku memang minat dalam hal-hal pelaburan dan selok belok kewangan.

Kembali Ke 2009…9 Tahun Yang Lalu

Sebenarnya, sudah lama aku ingin menjadi UTC atau agen Unit Trust ini. Sejak tahun 2009, sejak kali pertama aku melabur dalam unit trust. Keinginan untuk menjadi agen semakin menguat setelah melihat keuntungan yang dijana.

Tetapi pada masa itu aku sibuk bekerja dan sibuk dalam trading forex ku. Agen aku pula, setiap kali aku ingin menjadi agen, beliau akan kata ‘nanti saya bawa borang’. Tetapi mungkin beliau sibuk dengan klien beliau, maka dari tahun ke tahun aku alpa, belum masih memulakan hidup sebagai agen unit trust atau UTC.

Sedang pendapatan dari forex aku pada masa itu cukup mewah…hasil trading forex di campur dengan komisen affiliate broker forex serta yuran kelas mengalpakan aku. Belum lagi dengan kerja aku sebagai ‘Head’ di sebuah syarikat konglomerat, dengan gaji mencecah 5 angka. Semua ini membuatkan aku alpa, dengan kerja dan kemewahan.

Aku masih alpa sehingga aku berhenti kerja dan menumpukan masa sebagai Full Time Trader (FTT) forex. Dua tahun aku FTT, aku masih lagi menangguhkan niat untuk menjadi agen unit trust.

Tanya Pakcik Google "Teknik Penjejak Pips" anda akan lihat aku dulu aktif dalam trading. Ramai anak murid dan sering juga aku mengajar kelas teknikal - Elliot Wave + Fibonacci = Algorithm...

Hinggalah aku berhenti forex 100% setelah membaca laporan JAKIM pada tahun 2016. Aku mula mencari sesuatu yang tidak meragukan. Aku bekerja semula sambal cuba mencari agen unit trust untuk aku mengambil exam dan seterusnya mendapatkan lessen aku sebagai agen unit trust.

Blog lama aku, menulis tentang trading dan serba sedikit tentang saham.

2018 – Bermulanya Langkah Baru

Satu hari tu setelah aku berhenti trade forex, aku melangut sendirian. Dulu, ketika aku aktif dengan forex, aku ingin jadikan forex sebagai perniagaan, sebagai pendapatan utama dan aku boleh berhenti kerja. Sememangnya hajat itu tercapai…aku berhenti kerja dan menjadi FTT selama 2 tahun.
Tapi, bila aku ambil keputusan untuk berhenti forex dan bekerja semula, aku seperti hilang punca untuk masa depan aku. Apa harus aku lakukan? Takkan aku terus bekerja sehingga aku pencen pada umur aku 55 tahun nanti dan memulakan perniagaan setelah mendapat duit KWSP (yg sebahagiannya sudah berganda dalam unit trust)? Itu sudah terlambat.

Si isteri pula berhenti kerja pada bulan April 2018. Dalam, bayangan dan perasaan yang masih kabur untuk masa depan, aku pula mencadangkan pada si isteri untuk menceburi perniagaan sebagai agen hartanah, kerana aku mempunyai ijazah dalam hartanah, tetapi bekerja dalam bahagian penyelenggaraan hospital dan klinik…jauh beza antara hartanah dan mesin dan fasiliti kesihatan.

Alhamdulillah, si isteri bersetuju, bukan sahaja dia juga berminat dalam hartanah, tetapi kerana, menjadi agen hartanah adalah salah satu perniagaan yang rendah modalnya. Alhamdulillah…rezeki yang Allah berikan, si isteri dapat menjual beberapa tanah hanya dalam masa beberapa bulan. Aku tumpang gembira, tetapi dalam masa yang sama aku masih melangut, tak tau apa perlu aku mulakan sebagai perniagaan, untuk aku berhenti kerja suatu hari nanti.

Blog si isteri, Sulasproperty.com. Jika anda ingin menjual beli hartanah, carilah sulasproperty.com. Si isteri juga ada dalam propertyguru.com dan juga mudah.com

Dalam aku mencari-cari, si isteri tiba-tiba mencadangkan aku untuk menyambung semula hasrat aku untuk menjadi agen unit trust. Dengan hujahnya – kerana aku mampu membaca pergerakan saham dan forex, sedangkan unit trust itu juga salah satu cabang pelaburan. Ini satu credit bagi aku, kerana jika aku menjadi agen unit trust, semua selok belok pelaburan itu dalam genggaman aku. Aku mampu melihat dan membaca pergerakan harga unit trust!

Terimakasih Sayang!

Dia temukan aku dengan agennya, Tuan Firdaus. Dan bermulalah semula episod untuk menjadi agen unit trust dan menduduki exam sebagai Unit Trust Consultant (UTC) di bawah Tn Firdaus. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan pada Jun 2018 aku menduduki exam di bawah CWA bersama si isteri dan alhamdulillah kedua kami lulus dan bermulalah episod baru aku sebagai UTC atau apa yang orang sebut sebagai agen unit trust CWA.

Sesuatu yang aku selalu lihat di sekeliling aku, benar seperti ungkapan, “disebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita dibelakangnya” dan sering aku perhatikan, kejayaan sesuatu perniagaan itu biasanya ia dijalankan bersama suami isteri. Dalam hal ini, aku berikan idea untuk si isteri menceburi hartanah, manakala si isteri pula mengembalikan impian aku untuk menjadi agen unit trust yang telah tertangguh sejak 9 tahun yang lalu!

FB aku....dulu namanya MyFAST (Malaysia First Algorithmic System Trading), sekrang aku dah ubah jadi Wealth Planning - Unit Trust, ASBF, Investment, Hartanah, Loan. Now, lebih kepada membantu anda dalam kewangan Islamik.

Alhamdulillah…aku kini kembali ke dunia kewangan, atau secara spesifiknya dunia pelaburan, bukan lagi dalam forex (yang aku tinggalkan 100%), tetapi dalam dunia unit trust yang juga bersangkut paut dengan pasaran saham. Fokus aku pada Dana islamik dalam CWA. Manakala, aku masih ada azam untuk kembali semula dalam dunia saham secara direct seperti dulu…in shaa Allah!

Aku, Agen Unit Trust atau UTC Pada Jun 2018

Jun 2018, bulan yang penuh dengan cuti...satu cabaran untuk aku mencari investor. Tapi alhamdulillah, rezeki walaupun aku dapat beroperasi pertengahan bulan Jun, time2 raya, namun, niat murni untuk membantu mereka yang perlukan perancangan persaraan memberikan aku 3 orang investor. Alhamdulillah…

Bermulalah kerjaya aku secara part time sebagai agen unit trust CWA.

Setiap bulan, investor semakin bertambah. Mungkin juga kerana reputasi aku sebagai bekas trader, boleh membaca pergerakan chart menggunakan Elliot Wave Theory dan Fibonacci, maka ramai yang menghubungi aku untuk melabur dalam unit trust, juga ada yang minta nasihat dan konsultansi dalam pergerakan saham.

Juga rakan-rakan serta bekas anak murid aku dalam teknikal analisis dulu banyak membantu aku menyampaikan kepada potensi klien untuk melabur di bawah pemantauan aku.

Maka kini, aku ada lebih 30 orang investor dan sebagai agen unit trust mereka, maka akaun mereka aku pantau ketat-ketat seperti mana akaun unit trust aku sendiri yang kini sudah mencecah ratusan ribu RM.

Sebagai seorang bekas trader saham dan forex, maka, pengetahuan untuk monitor, compounding, DCA strategi serta pembacaan dan analisis teknikal membantu banyak dalam menguruskan pelaburan klien-klien aku.

Kini aku hanya beberapa puluh ribu untuk mencapai tahap AS, satu level ke atas, dalam industri pelaburan unit trust ini.

2019 – Bermulanya Satu Lagi Episod

2018 telah berlalu. 2019 pula muncul. Aku tidak menoleh ke belakang lagi. Si isteri semakin galak dengan hartanahnya, aku juga semakin galak dengan unit trust. Tiada istilah untuk bersenang-senang. Terus berusaha mnenjadi yang terbaik.

Alhamdulillah, 2019 ini, aku mula merekrut, mencari protégé aku dalam industry unit trust ini. Impianku ialah ingin mengubah persepsi pelabur bahawa agen unit trust ini hanya mengejar komisen. TIDAK!

AKU JUGA TIDAK BEGITU dalam hal ini. Kerana, aku anggap setiap pelaburan itu tanggungjawab  dan amanah. Aku ingin menubuhkan satu kumpulan agen unit trust yang berilmu, bernaung di bawah aku. Impian aku untuk mengajar mereka selok belok pelaburan, strategi dan juga pemantauan akaun pelabur-pelabur. Maka itu, group yang ingin aku cari ini bukan sahaja terlatih dari segi marketing, tetapi juga mampu memahami situasi dan teknikal dalam pelaburan unit trust.

Aku mahu terapkan jiwa pelabur dalam diri mereka. Kerana untuk mereka menjadi agen unit trust ini, mereka perlu ada ‘feeling’ sebagai pelabur. Jika tidak, bagaimana mahu untuk menjual produk pelaburan ini?

Maka itu aku tubuhkan group agen unit trust yang gelarkan “Gerak Gempur Khas, VAT 69 UTC” @ GGK VAT 69 UTC. Sesuai dengan nama itu, di mana kita tahu team elit komando Malaysia, VAT 69 penuh dengan strategi, teknikal dan taktikal dan mempunyai target yang jelas. Begitu jugalah group UTC yang aku tubuhkan ini.

Anda di luar sana, jika anda ingin mencari pendapatan lebih, part time atau full time dan ingin maju ke hadapan, bersiap sedia untuk bersara dengan lebih hebat, atau ingin bersara awal, aku alu-alu kan anda menyertai team aku…jadilah agen unit trust di bawah bimbingan aku…

Jangan tunggu lagi, kerana jika anda tangguhkan, maka anda akan jadi seperti aku…sedar tak sedar 9 tahun baru bertindak, dan aku kerugian terlalu banyak, kerana, dalam masa 6 bulan aku sudah mencapai komisen berulan 4 angka sebulan, bayangkan jika tahun 2009 dulu aku bermula, mungkin kini komisen berulang aku mencecah 5 angka sebulan!

Dan aku rasakan selain salah satu cabang pelaburan terbaik untuk perancangan persaraan kita atau salah satu cara untuk kita mendapatkan duit pencen yang mencukupi ketika bersara nanti (bersara selesa), ini juga salah satu perniagaan yang cukup mudah dan murah untuk dimulakan pada tahun 2019 ini…percayalah, kerana aku mengalaminya, sebagai pelabur dan juga sebagai agen…

Apapun, jika anda ingin melabur dalam unit trust, samada CASH atau AKAUN 1 KWSP atau anda ingin menceburi perniagaan ini sebagai agen unit trust atau UTC, sertai aku, kerana jika anda pelabur, akaun anda akan aku monitor sebaiknya dan jika anda jadi agen, aku akan bimbing anda menjadi salah seorang GGK yang penuh dengan strategi, teknikal dan taktikal dan target….

Hubungi aku di 016-2082089


Antara team dalam GGK VAT 69 UTC...power baq hanngggg....

Salam Hormat 2019....semoga enjoy membaca perjalan hidupku sebagai agen unit trust ini....semoga memberi inspirasi kepada semua...

2 comments:

  1. I really loved reading your blog. It was very well authored and easy to understand. Unlike other blogs I have read which are really not that good. Thanks a lot!
    Retirement Income Planning

    ReplyDelete
  2. Wow, What an Outstanding post. I found this too much informatics. It is what I was seeking for. I would like to recommend you that please keep sharing such type of info. If possible, Thanks.
    financial life planning

    ReplyDelete