Lama dah rasanya tak buat blog dan menulis dalam blog. Akhirnya, hari ni aku buat blog ni,
PENCETUS TSUNAMI UNIT TRUST - BIJAK MELABUR DALAM UNIT TRUST
Tujuan dan target aku ialah nak bagi semua pelabur celik tentang pelaburan dalam unit trust @ UT ni. Ada yang masih blur2 apa tu UT...dalam bahasa Melayu ia dipanggil sebagai Saham Amanah, Amanah Saham atau Unit Amanah.
Kebanyakkan rakyat Malaysia ni agak kabur tentang UT ni, bukan sahaja pada pelabur UT dan mereka yang sudah berkerja tetapi juga pada agen UT tu sendiri. Maaf ye pada agen tu...tak semua, tapi kebanyakkan.
Aku dalam dunia pelaburan ni dah lama. terlalu panjang story kalau aku nak sembang lam ni. Banyak pahit maung dalam dunia pelaburan ini.
Tapi banyak juga aku belajar, terutama tentang pembacaan chart atau analisis teknikal (technical analysis). So, sini kepakaran aku, menggunakan Elliot Wave Theory dan juga Fibonacci.
Maka itu, selagi namanya investment, maka takkan lari dari fundamental dan teknikal analisis. Begitu juga UT.
So, analisis ni amat penting untuk UT. Dalam erti kata yang lain, untuk memaksimakan pulangan pelabur, maka seorang agen UT perlu ada ilmu, fundamental dan teknikal. Aku tak begitu menumpukan pada fundamental, kerana ia bersifat sementara. Trend is your friend...itu yang terbaik.
So, kewujudan aku adalam dunia UT ni, sebagai agen UT mempunyai satu visi dan misi :
MENCETUSKAN TSUNAMI PELABURAN UT DAN MELAHIRKAN AGEN UT BERILMU
Demi memaksimakan pulangan pelaburan klien, dan untuk anda yang melabur, agar tiada lagi kata-kata agen hanya kejar komisen.
Pelaburan anda satu AMANAH pada aku. Itu adalah wang persaraan anda semua, bukan untuk perkara yang dipandang remeh. Maka itu, perlunya ilmu agar amanah itu dijalankan dengan baik, in shaa Allah.
Maka itu, bagi anda yang ingin melabur dalam unit trust, individu atau korporat, melalui EPF atau Cash, in shaa Allah aku uruskan, monitor dan strategikan pelaburan anda sebaik mungkin.
Hubungi :

Mohd Salleh Othman a.k.a Pipsrider
Islamic Unit Trust Consultant, CWA
Elliot Wave Trader
016-2082089
cwa.myfast [a] gmail.com
FB : https://www.facebook.com/groups/cwaunittrust/
No comments:
Post a Comment