Ramai yang tanya soalan yang sama, since ada banyak pilihan yang lain. Untuk menjawab soalan tersebut, perlu aku tanya korang balik :
“Adakah bagus atau bagus jika dapat gandakan wang simpanan dengan risiko yang dianggap rendah berbanding pelaburan secara terus ke bursa saham?”
Kalau korang jawab YA, BAGUS! Maka itulah jawabannya bagi soalan anda tadi. Untuk huraikannya, baca ni...
1. RISIKO vs. PULANGAN
Secara puratanya, unit trust mampu memberi pulangan sehingga 10% - 15% dengan risiko yang amat rendah berbanding pelaburan terus ke bursa. Ada pilihan lain seperti menyimpan di bank, fixed deposit, asb, saham dan lain-lain. Tetapi harus diingat, setiap pelaburan ada risikonya, tetapi biasanya ia seimbang dengan kadar pulangan.
Aku boleh bahagikan ia seperti ini :
- Simpanan bank, fixed deposit, etc : risiko rendah, pulangan rendah
- ASB (ni pun salah satu UT jugak, cuma operasinya berbeza sedikit) : risiko rendah, pulangan sederhana
- Saham, komoditi dan lain-lain : risiko tinggi, pulangan tinggi
- Unit Trust : risiko rendah, pulangan tinggi berbanding 1 & 2 di atas.
2. MODAL PELABURAN
Antara semuanya, Unit Trust boleh dijadikan sebagai "pelaburan tanpa modal" nyata. Ini bermakna, korang tidak perlu menyentuh gaji korang setiap bulan, jadi tiada gangguan pada bajet korang setiap bulan.
Tetapi perkara di atas hanya boleh dilakukan sekiranya korang bekerja atau penjawat (bukan penjahat tau) swasta dan mencarum dalam KWSP. Ini kerana, modal dan pertambahan modal pelaburan boleh dilakukan menggunakan Akaun 1 KWSP korang.
Jadi, boleh dikatakan bahawa Unit Trust adalah satu pelaburan TANPA MODAL nyata.
3. PATUH SHARIAH
Unit Trust menawarkan fund / dana / tabung yang 100% patuh shariah. Maka itu pelaburan korang in shaa Allah bersih dari unsur riba...yup...mmg ada yg tak patuh shariah, macam saham...tapi kita ada pilihan yang patuh shariah...
4. PERSEDIAAN PERSARAAN
Ini sebenarnya amat menarik untuk dibincangkan. Artikel lain akan saya tulis berkenaan dengan perkara ini, kerana ramai orang kita yang tidak bersedia untuk bersara. Akibatnya ramai yang terpaksa bekerja semula selepas bersara.
Seharusnya, bila bersara, kita akan hidup lebih baik, tanpa hutang, tanpa bebanan dan menumpukan kehidupan bersama isteri tersayang, boleh peluk2 sepanjang hari, usik mengusik pas tu gi suarau atau masjid sama-sama, fokus untuk menuju ke alam yang satu lagi.
Tetapi kebanyakkan kita terpaksa berkerja semula, demi menampung bebanan yang ada, hingga kita masih seperti sebelum bersara, mencari duit, tinggallah isteri seperti seperti masa kita sebelum bersara, balik kerja penat untuk ke masjid atau surau, maklumlah dah tua, tenaga dah tak ada, bini usik pun marah, sebab penat...huhuhuhu...
Kenapa? Kerana sebelum bersara, kita lupa untuk rancang kehidupan selepas bersara. Wang simpanan KWSP tidak mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara. Hutang rumah dan kereta masih ada, belum yg ada personal loan tak abis bayar lagi. Anak-anak pula masih ada yang belajar. Adusss...kena bayar itu ini...nak beli belacan ketul pun susah, apatah lagi belacan Papar / Bongawan yang sedap tu...hmmm...
Kebanyakan kita bersara dengan gaji akhir RM5,000 sebulan. Selepas bersara pada umur 55 tahun, kita ada purata dalam 70-75 tahun lagi untuk meneruskan hidup. Kalau umur panjang syukran...but lagi banyak kita perlukan duit...kita bukan semakin sihat, but semakin sakit...
Sekiranya gaji akhir kita RM5,000 sebulan, maka kita akan biasa dengan jumlah itu untuk menampung hidup selepas bersara dan jumlah RM5,000 itulah kita gunakan untuk bayar segala bebanan. Maka, ini kiraannya :
70 tahun – 55 tahun = 15 tahun lagi untuk terus hidup
Gaji sebulan RM5,000 x 12 = RM60,000 setahun
Untuk menampung hidup selepas bersara, RM60,000 x 15 tahun = RM900,000
Cuba lihat Akaun 1 KWSP korang, ada berapa? Cukup ke? Dah berapa lama korang kerja untuk dapatkan jumlah itu? Check balik gaji dan jumlah tu...sempat ke nak kumpul RM900,000 kat akaun KWSP? Tu pun terimakasih banyak KWSP sebab sekat Akaun 1 kita, kalau tak, naya je mcm Akaun 2, habis kita sapu keluar top up rumah....hmmm...
Kerana itu korang perlu bersedia dengan melakukan alternatif lain, laburkan Akaun 1 KWSP korang tu ke Unit Trust dan gandakan lagi duit KWSP tu, agar bersara nanti duit KWSP korang cukup untung menampung hidup korang.
Bayangkan jika suami isteri membuat perkara yang sama, kan bagus…bersara nanti nikmati hidup korang dengan selesa, tak perlu bekerja lagi, nikmati hidup sepuasnya sambil bersedia pula untuk ke alam yang kekal…
*Nasihat - tolong jangan marah kat KWSP...syukurlah ada KWSP, kalau tak ramai org bersara papa kedana, tak ada simpanan...
5. INGIN MELABUR DALAM PASARAN TETAPI TIADA MODAL DAN KEPAKARAN
Ramai ingin melabur dalam saham BSKL, tetapi tak mampu lakukannya kerana kekangan yang ada. Melabur secara terus ke kaunter saham ini memerlukan modal sekurang-kurangnya RM3,000 dan perlu berilmu dalam trading, jika tidak korang akan papa-kedana dibuatnya. Labur jadi lebur...
Kerana kekangan ini, cara terbaik untuk melabur dalam saham-saham berpotensi ini ialah melalui Unit Trust. Ini kerana dalam unit trust, modal minima untuk melabur hanyalah RM500 sahaja.
Manakala korang tak perlu pening kepala melihat chart setiap hari dan tak perlu pula menghabiskan wang menuntut ilmu di sana sini.
Manakala korang tak perlu pening kepala melihat chart setiap hari dan tak perlu pula menghabiskan wang menuntut ilmu di sana sini.
Unit Trust juga dikenali sebagai Saham Kolektif, di mana syarikat berlesen dibenarkan menubuhkan satu dana / tabung atau fund yang mana korang boleh laburkan wang ke fund ini. Wang dalam dana ini kemudian akan dilaburkan ke kaunter-kaunter terpilih yang dipanggil investment portfolio.
Biasanya akan ada lebih 5 kaunter terkuat dan meyakinkan yang dipilih untuk mengurangkan risiko. Di sinilah mengapa pelaburan dalam Unit Trust ini rendah risikonya berbanding korang labur terus ke kaunter saham.
Maka itu Unit Trust adalah satu peluang untuk korang melabur dalam pasaran saham dengan modal yang rendah, malah boleh dikatakan tanpa modal jika menggunakan KWSP, rendah risikonya berbanding pelaburan terus dan tak perlukan kepakaran, ini kerana ia akan diuruskan oleh konsultan unit trust korang.
*Konsultan yang berkeupayaan dalam trading dan memiliki ilmu trading adalah lebih baik! tak Percaya?
OK, sure korang akan tanya aku lagi,
APA BEZA LABUR UNDER TUAN PIPSRIDER BERBANDING DENGAN AGEN / KONSULTAN LAIN?
Ok tuan & puan sekalian…ambillah peluang ni, selagi mampu untuk invest…in shaa Allah kalau korang invest dengan aku, ni beza aku ngan yang lain :
1. Pengalaman Dalam Trading
Aku kalau korang pernah trade forex (2006-2016) mesti dah biasa dengar pasal aku. Tu dulu, zaman jahil aku, sebab dulu fatwa takde, aku pun tak dapat laporan JAKIM lagi. After dapat laporan JAKIM, aku berhenti serta merta trading forex, tinggalkan dunia forex. Dulu aku mengajar Elliot Wave + Fibonacci, pernah menjadi Full Time Trader (FTT) selama 2 tahun sebelum aku decide berhenti. So, dalam hal ini, aku memang biasa menganalisis chart, pergerakan pasaran. Ini penting untuk memaksimakan pulangan Unit Trust aku dan juga korang yang invest bawah aku. Sebab dengan ilmu ini juga, in shaa Allah kita boleh tengok fund berpotensi dan jangkaan bila harga peak.
2. Pelaburan Sendiri
Aku pun ada invest dalam fund yang sama yang aku akan masukkan investment korang. Aku pun tak nak rugi. So, aku akan sentiasa monitor investment aku dank orang.
3. Strategi Pelaburan
Untuk melabur, perlukan strategi. Ini jangan risau, kerana aku dah biasa menggunakan strategi yang ada dalam trading. Unit Trust ni satu pelaburan, jadi perlu ada strategi untuk memaksimakan pulangan.
*Ingat...agen / konsultan seksi, putih, gebu atau dark tall handsome sampai nak pecah ovari tengok pun takkan membantu utk maksimakan pulangan...kalau tak berilmu...
*Ingat...agen / konsultan seksi, putih, gebu atau dark tall handsome sampai nak pecah ovari tengok pun takkan membantu utk maksimakan pulangan...kalau tak berilmu...
OK, kalau korang tengok kat FB aku, korang akan nampak ramai yang invest bawah aku dan biasanya ramai yang akan bertanya banyak perkara terutama dalam dunia trading atau pelaburan. Dan jangan hairan kalau ramai panggil aku ‘Sifu atau Cikgu’…huhuhu…aku tak mintak korang panggil aku camtu, tapi aku respect korang sebab panggilan tu menunjukkan korang respect pada aku…
Terimakasih ya…
Ada lagi satu aku nak pesan...pelaburan unit trust ni bukan skim cepat kaya ye. Ia pelaburan jangkamasa panjang, mungkin 3-5 tahun, mungkin lebih...kalau ada yang tanya aku bila boleh untung, susah aku nak jawab, sebab mcm aku kata, ia jangkamasa panjang dan bergantung pada pasaran atau pergerakan harga fund yang dipilih....
Ok, kalau korang nak invest Unit Trust CWA ni, korang boleh je whatsapp aku atau PM aku kat FB :
016-2082089
FB :
Bijak Melabur Unit Trust CWA MyFAST
MYFAST
Download Brochure Ini :
Hubungi :

Mohd Salleh Othman a.k.a Pipsrider
Islamic Unit Trust Consultant, CWA
Elliot Wave Trader
016-2082089
cwa.myfast [a] gmail.com
FB : https://www.facebook.com/groups/cwaunittrust/
Download Brochure Ini :

Mohd Salleh Othman a.k.a Pipsrider
Islamic Unit Trust Consultant, CWA
Elliot Wave Trader
016-2082089
cwa.myfast [a] gmail.com
FB : https://www.facebook.com/groups/cwaunittrust/


No comments:
Post a Comment